Padam Semua Foto Dan V!de0 Di Grup Telegram, Caprice Dan Bella Astillah Berdamai

PERGOLAKAN antara penyanyi rap Caprice dan pelakon Bella Astillah berakhir dengan kedua-dua mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Perkara itu dikongsikan oleh Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menerusi Instagram miliknya dengan memaparkan satu tangkap layar panggilan video bersama Caprice dan juga isterinya Fara Elis.

Caprice dan Bella pilih untuk tidak keruhkan lagi isu yang hangat diperkatakan.

Dalam hantaran tersebut, Bella memberitahu hubungannya dengan penyanyi rap itu dalam keadaan baik selain memberi bayangan isu membabitkan mereka telah selesai.

bella cap 2

Panggilan video yang dibuat Bella, Caprice dan Elis.

“Caprice dan saya baik-baik saja. Selesai!,” katanya ringkas.

Sementara itu, Caprice juga berkongsi rakaman panggilan video bersama Bella.

Perbualan mereka tidak dapat dipastikan namun Bella terlihat sebak semasa bercakap dengannya.

Dia juga berkongsi kapsyen yang sama menunjukkan pendamaian antara mereka sebagaimana ditulis Bella.

Sebelum ini, Caprice atau Ariz Ramli, 34, mahu mengemukakan semua bukti berkaitan Bella dan aktor baharu Muaz Zabir bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Malah Caprice juga telah berkongsi beberapa sedutan di sebuah group di Telegram bagi mendedahkan bukti dalam simpanannya.

Tindakan tersebut dilakukan selepas pengurus peribadi Bella iaitu Niel Rafeq bersuara menjelaskan beberapa fitnah melibatkan aktres bawah jagaannya.

Bagaimanapun hasil pemerhatian, Caprice sudah memadam semua gambar dan video yang dimuat naik ke dalam grup berkenaan.

caprice 1233

Pendedahan Caprice mengenai Bella dan Muaz dibatalkan.

Pada malam Rabu, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.

Dedah Sarah, walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun dia didakwa berpihak kepada pelakon dan penyanyi asal Singapura itu.

Sarah mendakwa video berkaitan Bella dan Muaz yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umar juga merupakan hasil suntingan Caprice.

Nama Sarah mula menjadi bualan selepas mendakwa dia kekasih Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen susulan ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies oleh pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) pada 9 Mac lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*