Nukilan Joanna Felicia buat anak pertamanya di Facebook pada Julai tahun lalu kembali menjadi sorotan apabila mendiang disahkan meninggal dunia dalam tragedi helikopter terhempas semalam di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
Meninggalkan suami & 2 orang anak kecil
Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Anak Rohna itu telah meninggalkan seorang suami dan dua orang anak yang masih kecil selepas menjadi antara 10 anggota TLDM yang maut dalam insiden tersebut.
Nukilan Joanna Felicia sentuh hati ramai
Dalam nukilan yang bertarikh 12 Julai 2023, Joanna memaklumkan puteri pertamanya itu lahir ketika dia belum siap sepenuhnya menjadi seorang ibu dan masih lagi berpetualang mengelilingi dunia.
Dia juga menyatakan anak pertama telah mengajarnya banyak perkara termasuklah memohon maaf kerana kadang kala gagal mengawal emosi sewaktu berhadapan dengan kerenah kanak-kanak tersebut.
Nukilan Joanna Felicia rasa anaknya berhak dapat ibu yang lebih baik
Namun begitu, dia cukup menyayangi anak kecil itu dan ada waktu berada berdosa dengannya serta merasakan anaknya itu berhak mendapat ibu yang lebih baik daripadanya.
“Kadang, aku merasa tak pantas menjadi orang tuamu. Kamu berhak bahagia mempunyai ibu yang lebih baik dariku.
Kamu tempat kami belajar banyak hal. Tempat pertama tercurah segala kasih sayang dan harapan,” tulisnya.
Nukilan Joanna Felicia buat anaknya jika sudah tiada
Paling membuatkan warganet sebak dan sayu adalah rangkap terakhir nukilan berkenaan dimana berharap anaknya membaca hantaran berkenaan jika dia membesar suatu hari nanti dan berfikir bahawa ibunya adalah seorang yang pemarah.
“Suatu saat, ketika aku telah tiada, dan kamu mengenangku sebagai seorang ibu pemarah, maka vacalah ini nak
“Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama ibu, selamanya.
“Peluk hangat dari ibumu yang tak sempurna,” ujarnya di akhir posting tersebut.
Terdahulu, mendiang Joanna Felicia merupakan salah seorang dari tiga srikandi TLDM yang terkorban dalam insiden helikopter bertembung di udara dan terhempas di Lumut.
Gambar mereka bertiga telah tular di media sosial memandangkan ia dikongsikan sebelum kejadian menyayat hati berkenaan berlaku sewaktu Raptai Perbarisan Sambutan Ulang Tahun TLDM yang ke-90.
Sumber: Facebook Joanna Felicia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://ohmymedia.cc/
Leave a Reply