Bella Astillah Disam4kan Seperti Ha!wan, Perbualan Aliff Aziz Burvkkan Isteri Terb0ngkar

SELEPAS mendedahkan dia merupakan kekasih Aliff Aziz, wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine terus membuat pelbagai pendedahan mengenai pelakon dan penyanyi itu di Instagram miliknya.

Terbaharu, Sarah berkongsi beberapa perbualan dipercayai di antara Aliff bersama individu yang dinamakan sebagai ‘NRF’ menerusi aplikasi WhatsApp tentang pelbagai perkara termasuk isu ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Apa yang menarik perhatian, sebahagian perbualan tersebut memperlihatkan penghantar mesej itu meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila Bella Astillah dilantik sebagai duta sebuah jenama penjagaan kesihatan.

Bagaimanapun, Aliff cuba menenangkan individu itu dengan mendoakan agar dia diberikan rezeki lebih baik selepas ini.

“Ada saya nampak ini, semua orang ambil kesempatan atas isu kita. Awak nanti Allah akan ganti lebih besar.

Antara perbualan yang didedahkan Sarah di Instagram.

“Mungkin dia ingat rezeki ke apa tak tahu. Tapi memang barai semua jenama-jenama ini ambil kesempatan isu kita ini,” tulisnya.

Sarah berkongsi paparan tangkap layar tersebut di Instastory miliknya pada malam Rabu.

Apa lebih mengejutkan, respons dipercayai daripada seorang artis terhadap pemilihan Bella sebagai duta disamakan dengan binatang.

“Bella ambil Kitsui juga rupanya. Dia tak malu ke. Kalau saya tak ambil.

“B*** untuk b*** kan. Sesuailah,” balasnya.

Menerusi perkongsian lain, dua individu tersebut turut membicarakan soal penangkapan khalwat mereka dan sedang merangka strategi jika kes mereka dibicarakan kelak.

“Saya rasa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah) akan ‘make example out of us’ tau. Bersedialah. Wakil peguam kita perlu bertungkus lumus untuk prosedur mitigasi sekiranya kita mengaku bersalah,” kata Aliff.

NFR bagaimanapun meminta Aliff untuk tidak memikirkan soal hal khalwat dan meminta aktor berkenaan untuk memberi fokus kepada kontroversi yang sedang melanda.

Individu itu turut dilihat mempersoalkan tindakan Bella berkongsi kepada umum mengenai isu membabitkan mereka walaupun dia dan Aliff mendiamkan diri.

“Tak mengapa tiga bulan lagi yang itu. Jangan fikir dulu. Fokus apa yang ada di depan kita dulu.

Bella sudah mengetahui hubungan Aliff dan Sarah.

“Cukuplah. Kita sudah banyak bersabar. Tak cakap apa-apa untuk dua minggu ini. Sampai bila dia nak berhenti? Kita perlu hentikan dia daripada bercakap lagi,” jelasnya.

Berang dengan tindakan Bella, NFR turut memberitahu aktres berkenaan turut menghantar e-mel kepada jenama-jenama produk agar berhenti bekerjasama dengan dia.

Malah NFR meminta Aliff agar tidak mempertahan isterinya dan sudah tiba masa meluahkan segala-galanya.

“Team dia emel jenama-jenama yang bekerja dengan saya untuk berhenti bekerjasama. Awak nak pertahankan dia lagi? Nak simpan lagi segala yang dia buat? Sudah masanya untuk meletop,” katanya.

Isnin lalu nama Sarah menjadi bualan selepas dia mendakwa kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Kemelut rumah tangga Bella dan Ruhainies nampaknya semakin berpanjangan.

Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella semakin panas.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Sarah pernah mendedahkan NFR adalah wanita yang ditangkap berkhalwat dengan Aliff.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*