“Kenapa Harga Lesen Makin Mahal Ya?” – Ubai MZ

 

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ meraih perhatian ramai apabila memaklumkan dirinya begitu terkejut dengan harga membuat lesen memandu menerusi satu ciapan di aplikasi X.

Terkejut tengok harga lesen

Menerusi ciapan tersebut, pemilik nama Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ini memaklumkan dirinya baru sahaja selesai mendaftar adiknya di sebuah sekolah memandu bagi tujuan mendapatkan lesen kereta.

Namun begitu, dia berasa begitu terkejut selepas melihat senarai harga lesen memandu yang perlu ditawarkan sekolah memandu berkenaan.

Tadi bawa adik pergi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2,700.

Kenapa harga lesen kenderaan ini makin lama makin mahal ya?

Tambah Ubai, dia juga seakan tidak faham perlu membayar harga setinggi itu sedangkan buku panduan belajar memandu diberikan dalam bentuk digital.

Masih tidak faham kenapa mahal, buku belajar memandu pun bagi dalam PDF.

Tapi nak buat macam mana, aku pun dah bayar depodit sebanyak RM900 jadi, reda ja lah.

Ubai tak faham

Ciapan Ubai itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya sependapat dengan pempengaruh itu bahawa harga yang perlu dibayar bagi mendapatkan lesen terlalu mahal dan tidak setimpal.

Komen netizen;

Sumber: Aplikasi X Ubai MZ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*