Kahwini Dud4, Wanita Sedih Diperl! Saudara Suami Sebab Masih Tiada Zur!at – “Dengan Bini Dulu Kejap Je Dah Ada Anak”

Ketika berkunjung ke rumah sanak saudara di hari raya, sudah tentu kita mahu suasana yang gembira dan penuh dengan keseronokan.

Namun kadang kala, keseronokan itu terbantut apabila ada pula yang bercakap tentang hal-hal yang sensitif seperti yang dilalui seorag wanita ini.

Bini dulu sekejap je dapat anak

Menerusi satu video tular, seorang wanita menangis mengadu tentang pengalamannya ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini ke rumah saudara suaminya.

Katanya, dia tidak kisah apabila hanya ditanya tentang soal anak atau usahanya dan suami selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, rumah kedua yang dikunjunginya membuatkan dia berasa tidak seronok dan tidak dapat menikmati keseronokan hari raya pada tahun ini.

Rumah pertama tanya berapa tahun dah kahwin, kata kena berubat. Rumah kedua pula cakap kenapa tak dapat anak lagi, masa suami dengan bekas isteri dulu kejap je dah dapat anak.

Kenapa nak bandingkan?

Sambil menangis wanita itu bercerita dan mempersoal mengapa perlu ditanya soalan-soalan begitu dan tidak perlulah sehingga membandingkannya dengan bekas isteri suami.

Kenapa nak kena bandingkan aku dengan bekas isteri dia? Korang tak tahu apa yang aku lalui. Macam mana aku makan ubat subur itu ini, korang tak tahu pun.

VIDEO;

@its.eyqaleeAku benci raya kalini♬ original sound – Eyqa Lee

Ramai warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya dan turut mendoakan agar dia diberikan rezeki dapat memiliki cahaya mata suatu hari nanti.

Sesetengah wanita turut berkongsi pengalaman mereka TTC (try to conceive) dan memberikan tips untuk wanita itu mencuba sebagai ikhtiar mendapatkan anak.

komen

Sumber; Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*