[VIDEO] Ebit Lew Par0di Watak Sh4rk, Penampilan Tanpa Kopiah Curi Perhatian

Personaliti dakwah, Ebit Lew parodi watak Shark lakonan Syamsul Yusof dalam filem KL Gangster telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi video tersebut di aplikasi TikTok miliknya.

Ikut gerak bibir dialog watak Shark

Dalam parodi tersebut, dia telah mengikut gerak bibir dialog dilontarkan Shark bertujuan untuk bergurau dengan pengikutnya di media sosial.

VIDEO;

@ustazebitlew Siapa nak duit raya? komen dekat bawah. nanti kita pilih ya #shrmzb2024 ♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

Ebit Lew parodi watak Shark, nak bagi duit raya

Difahamkan, tujuan video tersebut dibuat adalah untuk memberi duit raya kepada mereka yang bertuah dengan meninggalkan komen di perkongsian terbabit.

Ebit Lew parodi watak Shark, tapi penampilan jadi perhatian pula

Perkongsian yang dibuat telah mengundang pelbagai komen daripada netizen di media sosial. Kebanyakkan mereka teruja meninggalkan komen dengan berharap mendapat duit raya daripada personaliti dakwah tersebut.

Ada juga yang perasan kali ini Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tidak memakai kopiah seperti selalu dan sudah tentu penampilan tersebut terlihat berbeza daripada biasa.

Penampilan lain lepas puasa ni

Pertama kali tengok Ebit Lew tanpa kopiah

Tak boleh feel gangster sebab terbayang suara Ebit Lew yang sopan

Personaliti dakwah yang terkenal dengan sikapnya yang suka memberi bantuan itu kerap menjadi perhatian apabila membuat naik momen sewaktu berdakwah dan menyantuni insan-insan yang sedang ditimpa musibah.

Bukan hanya di dalam negara, Ebit Lew turut membuat kerja-kerja kebajikan itu sehingga ke luar negara seperti Indonesia, Brazil, Afrika dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ketika ini dia telah terpalit dengan isu dakwaan gangguan seksual yang masih lagi dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Sumber: TikTok ebit lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*