“Duit Raya Ser!nggit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!” – Diana Danielle

Pelakon jelita Diana Danielle menasihati orang ramai agar tidak menjadikan pemberian duit raya sebagai satu kewajipan sebaliknya menerimanya sebagai sebahagian daripada sedekah seikhlas hati.

Jelas Diana, sepatutnya individu yang menerima pemberian duit raya bersyukur dengan apa saja nilai yang diberi oleh sesiapa sahaja.

“Sekarang ni orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ia sebagai sebahagian daripada cara bersedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu.

“Seringgit ke seratus ringgit ke enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled and judge sangat dah kenapa?

“Sampai kata kalau banyak ni baik takayah bagi, apa ingat nafkah ke?” kongsi luahan Diana menerusi hantaran di X.

Akui Diana, dia bersyukur apabila masih menerima duit raya biarpun nilainya tidak seberapa.

“Lekla I pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunga nyaaa lama tak dapat duit raya haha.

“Enjoy paham enjoy? Ni keje tak puas hati je manjang,” tambahnya.

Sumber; X

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*