
Peserta Big Stage dan juga kakak kepada Aiman Tino, Fara Hezel memaklumkan telah selamat bertunang dengan Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 6 Julai lalu.
Menurutnya, dia memutuskan untuk merahsiakan perkara tersebut kerana bimbang debgan ujian yang akan dihadapi sepanjang tempoh pertunangan.
Tambahnya lagi, mereka akan disatukan pada Disember tahun ini.
Fara dan pasangan turut memuat naik foto semasa hari pertunangan mereka di akaun Instagram masing-masing dan juga di Insta Story.
Tahniah diucapkan kepada Fara Hezel dan pasangan. Semoga hubungan yang bina kekal sehingga ke akhir hayat!
Sumber: Instagram Fara Hezel, Kamarul
Leave a Reply