Sarah Yasmine Kenal Wan!ta Naik Bas Dengan Aliff Aziz, Tak Teragak-agak Ded4h Identitinya – “Perempuan Terpaling F4ke”

SUSULAN tular foto mirip pelakon Aliff Aziz bersama seorang wanita menaiki sebuah bas pada malam Sabtu, kekasih gelapnya mendakwa mengenali individu tersebut.

Walaupun wanita yang tidak didedahkan identiti itu cuba untuk menyembunyikan personalitinya dengan memakai topi dan kaca mata, Sarah Yasmine memberitahu dia tetap mengenali individu itu.

Sarah mendedahkan dia mengenali wanita bersama Aliff di dalam bas.

Sarah turut tidak teragak-agak mendedahkan identitinya yang sebenar.

Sarah mengakui merupakan kekasih gelap Aliff.

Sarah sebelum ini mengakui merupakan kekasih gelap Aliff.

“Sanggup pula dia naik bas ya? Perempuan itu pandai pula pakai topi, pakai cermin mata.

“Tak perlu pakai topi, cermin mata… Aku bongkarkan juga siapa kau nanti. Kau pakai pelitup muka pun aku tahu kau siapalah,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah rakaman sesi siaran langsung yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok iaitu @yanaothmann.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, Sarah pada mulanya cuba mencari tahu siapa wanita berkenaan sebelum mengesahkan dia mengenali individu tersebut.

Kata Sarah, perempuan yang dipercayai bersama Aliff itu turut dikenali isteri Aliff iaitu pelakon Bella Astillah.

“Adakah itu Aliff? Dia keluar dengan…? Saya kenal perempuan yang dekat sebelah dia (Aliff) tu.

“Tapi korang (netizen) tak pernah tahu perempuan itu siapa. Perempuan ini cuma saya dan Bella sahaja yang tahu.

sara2 - 1

Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella nampaknya masih berpanjangan.

“Perempuan terpaling fake (palsu). Macam mana dia boleh menjadi fake di depan saya dan Bella?,” ujarnya.

Pada 24 April lalu, isu membabitkan Aliff bertambah panas apabila Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan dipercayai milik pelakon itu dengan seorang individu yang dinamakan sebagai ‘NRF’ sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*