Farah Ann Umum Bakal Bertanding Dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020!

Ahli gimnastik negara, Farah Ann Binti Abdul Hadi meluahkan rasa syukur kerana telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke peringkat Olimpik Tokyo 2020.

Mula menceburi bidang gimnastik pada usia 3 tahun, ahli gimnastik itu gembira kerana akhirnya impian untuk bertanding di peringkat Olimpik telah tercapai.

Farah Ann telah berkongsi kegembiraannya bersama peminat dan penyokong di laman Instagram miliknya.

“Semasa saya sedang menulis, saya masih tidak percaya bahawa saya terpilih untuk ke Olimpik Tokyo 2020. Ianya telah menjadi impian saya semenjak umur 8 tahun lagi dan melihat peluang itu datang adalah sesuatu yang tidak boleh digambarkan.”

“Selepas tidak terpilih untuk ke Rio dulu, ianya menjadi sesuatu yang amat mengecewakan saya. Saya amat berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam perjalanan ini.”

Tulisnya sambil berterima kasih kepada jurulatihnya, Ms. Nataliya dan Ng Shu Wai.

 

 

View this post on Instagram

 

As I sit here typing this I still can’t wrap my head around the fact that I qualified for the Olympic Games in Tokyo, 2020. It has been my dream since I was 8 years old and to see it become a reality is an indescribable feeling. After coming so close in Rio and not qualifying, it was devastating. I am incredibly thankful and grateful to soo many people in my journey to get to this moment. To my coaches Ms. Nataliya and Ng Shu wai. You have pushed me, guided me and believed in me and my dreams. There are no words to describe how thankful I am for you. To my amazing teammates, Ing yueh ,Tracie, Ena, Azira, Siti , Rachel, Geanie and Imaan. You are the most amazing friends, teammates, and sisters. Thank you so much for everything you’ve done for me. To my family, my amazing sisters , Tina and Aisyah , my mom and dad. None of this would have been possible without your constant support and love. Thank you to Ms Soo, Ms Sukhdev and Kak Nurul for helping us prepare for this competition, and the support you’ve given us throughout the years. Thank you to KBS, MSN, MGF, ISN especially, Erik, Tomny and Thomas for your continuous support and for allowing us to compete and continue our journey for Malaysia. Thank you to all of you who have supported us , cheered for us and most importantly believed in us. Thank you Malaysia 🇲🇾 Tokyo 2020 here we come 🐯 #farahann #tokyo2020 #malaysiangymnast

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Menerusi ruangan komen, para penyokong dan juga artis tempatan turut mengucapkan tahniah kepada Farah Ann dan mendoakan yang terbaik buat beliau. 

Untuk rekod, Farah Ann telah membuat penampilan pertamanya di Sukan Olimpik 2010 di New Delhi, India  dan mendapat tempat keempat dalam acara pasukan.

Sumber: Instagram Farah Ann

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*