“Ibumu Wirawati Kebanggaan TLDM” – Ramai Tumpah A!r Mata, Mendi4ng Joanna Felicia Tinggalkan Dua Anak Kecil

AKAUN Facebook Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna yang terkorban dalam nahas helikopter pada pagi Selasa dihujani dengan ucapan takziah daripada netizen.

Semakan mendapati anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kali terakhir berkongsi foto di Facebook pada 18 Mac lalu.

Menerusi hantaran berkenaan, Joanna kelihatan tersenyum manis sambil diapit dua anaknya yang masih kecil.

Mendiang Joanna meninggalkan dua cahaya mata.

Setakat pukul 6 petang, lebih 300 komen netizen membanjiri hantaran berkenaan yang rata-ratanya simpati akan nasib anak-anak mendiang.

“Berat sekali ujian Tuhan buat Joanna. Kasihan tengok anak-anaknya yang masih kecil.

“Kenangan terakhir seolah-olah memberi hint yang kita tidak sedar.

428706030_18297400435158955_4786750339984719217_n

Foto kenangan Joanna bersama keluarganya.

“Salam takziah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan seterusnya.

“Kecil-kecil lagi anak dia. Jangan sedih ya. Berbanggalah mak korang meninggal masa bertugas.

“Kamu pasti bangga satu hari kelak. Ibumu seorang wirawati kebanggaan TLDM.

“Ibu kamu seorang yang hebat. Semoga membesar dengan sihat,” tulis netizen.

Berdasarkan foto yang dikongsi, Joanna mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 individu terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*