Cik B ‘Frvst’ Pak Cik & Mak Cik Taknak Bagi Duit Raya Sebab ‘Insecure’ – “Kitonyo Mudo Lagi, Nak Juga Feel Dapat Duit Raya”

 

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian apabila memuat naik video bercerita mengenai duit raya menerusi laman TikToknya.

Nak merasa dapat duit raya

Menerusi video tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin meminta agar orang ramai untuk tidak lagi meminta duit raya daripadanya.

Menurut Cik B, dia hanya mendapat duit raya daripada tiga individu sewaktu sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Korang, stoplah minta saya duit raya. Korang tahu tak? Tahun ini saya dapat duit raya daripada tiga orang sahaja.

Pak cik dan mak cik saya tak nak dah bagi duit raya sebab diorang kata diorang ‘insecure’ dengan saya.

Tambah Cik B, dia tidak kisah tentang nilai duit raya yang diberikan asalkan dia dapat merasai kenikmatan menerima duit sewaktu hari raya.

Seringgit ke dua ringgit ke, saya terima ja ‘even’ nak bagi sampul pun saya terima. Tapi kenapa dah tak ada orang nak bagi saya duit raya?

Tengok saya ja diorang yang minta duit raya. Saya muda lagi, nak juga merasa jadi budak. Tahun depan baru bukan budak.

Korang kalau tengok saya mesti ingat saya nak duit raya RM100 atau RM200 kan?

Tak, saya nak rasa feel salam orang dapat sampul duit raya, bukannya salam orang, saya yang bagi duit raya.

Cik sedih kerana sering diminta duit raya.

@cikb_havoc Sedih weyh #onthisday #cikb #tiktokmalaysia #fyp #raya #duitraya #viral ♬ original sound – cikb_havoc66


Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar luahan perasaan ‘kecewa’ Cik B itu.

Komen netizen:

Sumber: TikTok Cik B

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*