[VIDEO] “Dia Punya Happy Tu Cairkan Hati Yang Duk4, Kadang-Kadang Tak Perlu Benda Mahal” – Sharnaaz Ahmad

 

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat sering berkongsi momen bersama anak lelakinya Jebat Jayden di media sosial.

Hadiah untuk Jebat

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG), Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberi kejutan untuk Jebat dan meminta anaknya itu untuk menutup mata.

Paling menarik perhatian adalah reaksi di wajah Jebat yang teruja ketika menerima hadiah daripada bapanya. Dia kemudian mengucup pipi aktor tersebut.

Benda 49.90, tapi dia punya happy tu cairkan hati yang duka. Kadang kadang tak perlu benda mahal cuma kena “ada”.

Kadang kadang je lah yang murah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat gelagat dua beranak itu.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji sikap Jebat yang menghargai hadiah pemberian bapanya.

Cara Jebat ni dah mcm budak besar dah, cepat matang la Jebat hero daddy ni.

Dia punya teruja tu, kita pula yang cair. Good boy, Jayden. Sentiasa bersyukur.

Suka reaksi dia, reaksi budak-budak ni tulus.

VIDEO;

Untuk info, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*