Syifa Melvin Umum Hamil Anak Kedua, Netizen Terhibur Tengok Reaksi Safawi Rasid

 

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memaklumkan dirinya kini hamil anak kedua selepas melahirkan cahaya mata pertama pada September tahun lalu.

Kejutan buat suami

Menerusi hantaran di TikTok, Syifa dilihat membuat kejutan kepada suaminya, Safawi Rasid yang juga pemain bola sepak kebangsaan tentang kehamilannya.

Di dalam video tersebut, Safawi diminta menutup mata sebelum Syifa menunjukkan keputusan positif hasil daripada ujian kehamilan.

Tidak dapat menahan sebak, Safawi yang gembira dengan berita tersebut diilihat memeluk erat tubuh Syifa.

Mashaallah! Tuan badan (Safawi) dah bagi greenlight untuk post, aku masih mixed feeling tengok video ni.

Saif (anak sulung) nanti dah besar tengok lah video ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan berita kehamilan Syifa dan terhibur dengan reaksi Safawi.

Congrats both of you.

Tak tahu nak gelak ke happy tengok reaction Pawi (Safawi).

Reaction terkejut paling laju bang.

VIDEO;

@syifmel131 Mashaallah! Tuan badan dah bagi greenlight utk post, aku masih mixed feeling tengok video nišŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£ Saif nanti besaq hang tengok la video nišŸ˜œ #pregnancyrevealhusband #fyp @OFFICIAL SAFAWI R ā™¬ original sound – Syifa Melvin

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada 28 November 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Saif Sulaiman yang kini baru berusia lapan bulan.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*