Shuib Bawa Keluarga Beraya Ke Rumah Adik Miza, Netizen Doa – “Semoga Hubungan Baik Ini Kekal Selamanya”

 

Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi momen ketika dia berkunjung ke rumah kanak-kanak bernama Miza yang sebelum ini kisahnya tular apabila wajah dikatakan mirip dengan isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Beraya rumah adik Miza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi foto bersama kanak-kanak tersebut ketika dia dan keluarganya pergi beraya ke rumah Miza yang terletak di Kedah, pada 3 Syawal lalu.

Dalam hantaran itu, Shuib bersama isteri, Watie Hanifiah dan Miza menggayakan baju berona sama iaitu hijau muda.

Sementara itu, ibu tiri kepada arwah, Siti Fatimah Suberi atau Makder berkata suaminya, Raisuddin Hamzah meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa sekali lagi dengan kanak-kanak tersebut.

Pertemuan itu sekali gus dapat mengubat rasa rindu terhadap arwah.

Dari sebelum raya atok (Raisuddin) tanya bile boleh jumpa adik Miza. Saya bagitahu kita akan jumpa raya.

Nak pergi ziarah selalu jauh sangat. 6 jam perjalanan nak ke rumah adik Miza. Kalu dekat boleh selalu datang. Dan untuk raya kali ini kami dapat berjumpa.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan hubungan baik yang terjalin itu kekal selamannya antara keluarga Shuib dan Miza.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Bagaimanapun, Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*