Fasha Sandha Men4ngis Teres4k-es4k Tak Dapat Beraya Di Perlis, Terp4ksa Kuarantin Dij4ngk!ti C0v!d19

KEGEMBIRAAN menyambut Aidilfitri bertukar duka apabila pelakon Fasha Sandha dan keluarga tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Perlis apabila dijangkiti Covid-19.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, mereka disahkan positif Covid-19 selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik ketika dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Rembau, Negeri Sembilan selepas berasa tidak sihat.

Pelakon itu memberitahu dia dan keluarga dijangkiti virus berkenaan ketika berada di Rembau dan bersyukur kerana mengambil langkah pencegahan sebelum sampai ke kampungnya.

Fasha disahkan positif Covid-19.

“Ya benar saya mendapat Covid-19 di Rembau. Nasiblah saya pergi periksa, kalau tak makanya saya membawa virus ini ke Perlis.

Perancangan beraya di Perlis musnah gara-gara positif Covid-19.

“Sudahlah di Perlis ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung mereka daripada Covid-19. Ini dugaan raya kami,” katanya.

Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian video yang dibuat, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 ini juga dilihat menangis teresak-esak menahan sedih tidak dapat meraikan hari raya bersama keluarga.

Menurut Fasha, sejak hari raya pertama dia sudah mengalami gejala seperti selesema namun masih meneruskan perjalanan dari kampung suaminya di Rembau untuk pulang ke Perlis.

“Hati siapa yang tidak hancur. Kisahnya sejak raya pertama saya terus bersin tanpa henti. Ingatkan selesema biasa.

“13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti di KL dan sambung perjalanan ke Perlis. Makan rasa tawar dan hati rasa tak sedap.

“Terus pergi ke klinik dan check Covid-19 sebelum nak jumpa keluarga di Perlis,” ujarnya.

Fasha turut meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran menyambut Aidilfitri biarpun dijangkiti Covid-19.

fasha1 - 1

Fasha sedih tidak dapat beraya bersama keluarga di Perlis.

Kata Fasha, dia juga ingin memberikan peringatan kepada pengikut di media sosial untuk sentiasa berhati-hati ketika pergi beraya.

“Sedih tak dapat beraya dengan keluarga di Perlis, tetapi saya lagi sedih kerana orang kampung menganggap ini demam biasa.

“Siapa yang keluar beraya masa tengah Covid-19 ini memang pentingkan diri sendiri. Kau tahu kau tak sihat, tetap nak keluar beraya… Hancur perancangan saya nak beraya dengan keluarga di Perlis.

“Tujuan saya kongsi perkara ini juga untuk memberi peringatan kepada followers saya supaya sentiasa berhati-hati. Pakai pelitup muka dan jangan bersentuhan sangat,” luahnya.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*