Datuk Red akui kh!laf tak sebut kebaikan isteri pertama, Datin Red mohon maaf ikut em0si

Selepas ada perbalahan di media sosial berkenaan isu ‘bantu-membantu’ dalam rumah tangga, Datuk Red akui khilaf tak sebut kebaikan isteri pertama dalam temu bual dan hanya menceritakan bantuan isteri kedua kepadanya sahaja.

Perkara tersebut dinyatakan Datuk Red di akaun TikTok miliknya apabila menjelaskan secara penuh hal sebenar sewaktu temu bual bersama wartawan tempoh hari.

Minta maaf diatas apa yang terjadi

Ujarnya, dia menceritakan kebaikan Adira sepanjang lima tahun ini susulan menjawab soalan daripada wartawan dan bukan bermakna dia tidak menghargai bantuan isteri pertama, Datin Red.

Justeru itu, Datuk Red akui khilaf dan memohon maaf di atas salah faham yang telah berlaku kerana tujuan dia tampil adalah untuk mencari pekerjaan.

VIDEO;

@dato..redmaaf tumpang lalu♬ original sound – abg red

Datuk Red akui khilaf, Datin Red juga mohon maaf kerana emosi

Dalam pada itu, Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim juga telah memuat naik beberapa hantaran di Insta Story dengan memohon maaf kerana mengikut emosi sewaktu menulis kenyataan sebelum ini yang seakan tidak berpuas hati dengan suaminya.

Datuk Red akui khilaf

Terdahulu, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu telah berkongsi kondisi dirinya yang terlilit hutang jutaan ringgit setelah lima tahun disahkan bankrap.

Dia yang memaklumkan telah ditanggung oleh penyanyi, Adira berkongsi hal tersebut kepada media bagi mendapatkan pekerjaan dan bukannya mahu meraih simpati.

Namun begitu, isteri pertamanya telah mengeluarkan kenyataan seakan tidak setuju dengan apa yang diluah Datuk Red sehingga memberitahu yang dirinya telah menjual tanah semata-mata membantu suami ketika susah.

Tak lama selepas itu, kakak kepada Adira, Emma Suhaimi pula bersuara meminta supaya Datin Red tidak terus-terusan membuli adiknya dengan mendakwa penyanyi berkenaan pernah digertak oleh isteri pertama Datuk Red.

Sumber: TikTok abgred, Instagram Datin Red

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*