
Kecoh di media sosial dakwaan mengenai suami Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman seorang scammer apabila Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan maklumat mengenai individu itu.
Dalam Investor Alert List, nama Mahadi Bin Badrul Zaman berserta nombor kad pengenalan dipaparkan. Di bahagian remark tertulis kesalahan yang dilakukan syarikatnya.
Suruhanjaya Sekuriti menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat urusan perniagaan dengan syarikat tersebut. Jika melakukannya, kes tidak akan dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.
Breaking news ⚠️
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. pic.twitter.com/7XYbqN9VRs
— Najib Fazail (@najibfazail) February 26, 2024
Malah, seorang pengguna X dikenali sebagai Najib Fazail turut membuat semakan di laman web istiadat negara dan mendapati nama Mahadi tiada dalam senarai penerima gelaran Dato’ Seri.
Terdahulu, Mahadi membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah selepas laman Facebook Pseudoscience Watch (PW) membuat satu pendedahan mengenai aktiviti pelaburan yang dikatakan ‘scam’.
Menurut Mahadi, pendedahan PW itu adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi.
Kredit: Pseudoscience Watch
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Media
Leave a Reply