Pelakon, Shera Aiyob luahkan rasa gembira apabila cahaya mata pertamanya, Nadi Anaqi sudah semakin fasih berbahasa Melayu.
Menurutnya, Anaqi agak pelat berbahasa Melayu kerana pengaruh gadget, rakan-rakan dan orang sekeliling. Namun, semakin lama pelat anaknya itu semakin berkurang malahan anaknya juga bangga menggelarkan dirinya ‘Malay Boy’.
Lantas, pelakon filem Karak itu berkongsi perihal itu di laman Instagram miliknya.
“Anaqi : Mommy, Anaqi nak buat sand art tu sekarang boleh tak?
Mommy : Sekarang ni Mommy ada kerja sikit. Lepas lunch kita buat together okay, baru best! (Eceh Mommy risau bersepah lah tu)
.
Anaqi : It’s okay Mommy, Anaqi tahu nak buat apa. Letak mat dulu so that tak kotor and lepas tu Anaqi kemas. (Tahu-tahu pula dia kan bahahaha!)
.
Daddy : Anaqi, why are you speaking in bahasa? (Daddy saja nak test Anaqi nak tengok apa dia jawab)
Anaqi : Because i’m a malay (malaysian) boy, Daddy! (Hah Daddy!)
.
Tak dinafikan Anaqi dari kecil memang tak pandai sangat cakap melayu. Mungkin disebabkan environment, tv, sekolah dan kawan-kawan.
.
Mula-mula dulu dengar dia cakap melayu memang pelat habis. Membaca pun sama. Tapi sekarang makin lancar dan Mommy Daddy happy sangat bila cikgu sekolah dia puji bacaan bahasa melayu dan inggeris Anaqi bagus.
.
Nak fasih bahasa apa sekali pun, bahasa kita sendiri jangan kita ketepikan.
.
Okay sekarang Anaqi dah boleh sebut ikan kembung. Bukan ikan ‘khembung’ 😝”, kongsinya panjang lebar.
Untuk rekod, Shera Aiyob mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zahiril Adzim pada tahun 2011 dan dikurniakan Nadi Anaqi pada tahun 2013.
Sumber: Instagram Shera Aiyob
Leave a Reply