“Ayah Dengan Dibu Masih Tak Boleh Move On..”, Anak Tomok Tunjuk Skill Taekwando ‘Ular Senduk’ Buat Netizen Tergelak!

Penyanyi Tomok telah berkongsi peningkatan pembelajaran anak sulungnya, Arrian dalam seni bela diri taekwando.

Vokalis kumpulan New Boyz ini telah berkongsi satu rakaman video gelagar Arrian di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Arrian dilihat menunjukkan beberapa teknik tekwando beserta dengan ‘sound effect’.

“Video pertama dari beberapa minggu lepas..arrian tunjuk kat ayah skill taekwondo dia untuk tali pinggang putih
.
hari ni alhamdulillah dia dah naik ke tali pinggang kuning..tahniah anak ayah
.
ayah dengan dibu still tak boleh move on sampai hari ni tengok video arrian buat skill taekwondo tu šŸ¤£šŸ„‹šŸ—”, tulis Tomok di ruangan entri tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

video pertama dari beberapa minggu lepas..arrian tunjuk kat ayah skill taekwondo dia untuk tali pinggang putih . hari ni alhamdulillah dia dah naik ke tali pinggang kuning..tahniah anak ayah . ayah dengan dibu still tak boleh move on sampai hari ni tengok video arrian buat skill taekwondo tu šŸ¤£šŸ„‹šŸ—

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Lantas perkongsian itu telah mendapat reaksi dari peminat yang rata-rata terhibur dengan telatah Arrian.

Untuk rekod, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 bersama pasangan hatinya, Rahayu Abas.Ā 

Sumber: Instagram Tomok

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*