
Telatah anak pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari , Lara Alana sering mendapat perhatian ramai dek kerana dia sikapnya yang ceria dan bijak bertutur dalam bahasa Inggeris.
Baru-baru ini, satu rakaman video telah dimuat naik di laman Instagram Lara Alana yang menunjukkan Lara sedang berbincang sesuatu dengan rakan lelakinya.
Menerusi video tersebut, Lara dilihat berbincang tentang ‘masalah dunia’ dengan kanak-kanak lelaki tersebut dalam bahasa Inggeris dan gelagat mereka telah mencuit hati peminat.
Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang memuji kepandaian Lara Alana dalam bergaul dan bertutur bersama rakan sekolah.
Untuk rekod, Scha Alyahya dan Awal Ashaari telah berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Lara Alana pada 22 Julai 2014.
Sumber: Instagram Lara Alana
Leave a Reply