“Nak Mummy Jugak..”, Rakaman Video Anak Nad Zainal Minta Mummy Pulang Cuit Hati Ramai

Menjadi seorang ibu yang bekerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tambah-tambah lagi kerjaya sebagai seorang selebriti yang sering terpaksa berjauhan dengan keluarga .

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal telah berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya. Difahamkan suami Nad Zainal telah menghantar video tersebut kepada nya sejurus dia bergerak ke lokasi penggambaran.

Menerusi video tersebut, anak lelaki Nad Zainal meragam meminta mahukan Nad berada di sisinya.

“Bila dapat video macam ni dari suami apa kita patut buat eh?
1) suruh runner hantar balik, WRAP !! 2) facetime dengan dia

3) ulang je tengok video ni nangis tepi bucu katil rumah orang kami shoot ni”, tulis Nad sambil bertanya pendapat orang ramai. 

 

View this post on Instagram

 

Bila dapat video macam ni dari suami apa kita patut buat eh? 1) suruh runner hantar balik, WRAP !! 2) facetime dengan dia 3) ulang je tengok video ni nangis tepi bucu katil rumah orang kami shoot ni

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Rata-rata peminat menberikan komen dan memahami situasi sukar yang perlu dihadapi oleh ibu yang mempunyai anak kecil. 

Untuk rekod, Nad Zainal telah berkahwin dengan pasangan pilihannya, Muhammad Faliq Amirullah pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim. 

Sumber: Instagram Nad Zainal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*