
Semenjak berbadan dua, pelakon jelita Fasha Sandha dilihat sering mengenakan pakaian yang sopan dan juga bertudung liput.
Penampilan pelakon ini mendapat pujian dari peminat yang kagum dengan kemanisan yang terserlah pada ibu itu bila berpakaian sopan.
Malah, Fasha juga dilihat mengenakan selendang labuh ketika menghadiri majlis resepsi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa dan pasangan.
View this post on Instagram
❤️ #alhaalindreams Tahniah adikku @alhaalfa Dan Arelin We love you Thank You For Having us
Selain itu, penampilan Fasha mengenakan jubah dan tudung labuh juga turut dipuji oleh peminat dan pengikut.
Antara komen netizen.
Untuk rekod, Fasha Sandha pernah berkahwin dengan Jejai pada tahun 2012 namun berpisah pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
Fasha kemudian berkahwin untuk kali kedua dengan pelakon Aidil Aziz pada 28 Mac 2019.
Apa pun sama-sama kita doakan agar kandungan Fasha sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.. Amin..
Sumber: Instagram Fasha Sandha
Leave a Reply