SETIAP yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Termasuklah haiwan peliharaan seperti si bulus yang disayangi ramai bagai menatang minyak yang penuh.
Namun tidak semua kucing berpeluang untuk membesar dengan sempurna kerana ada yang terpaksa hidup di jalanan dengan meraih belas kasihan daripada mereka yang lalu-lalang.
Banyak kucing terbiar memerlukan perlindungan di luar sana. -Gambar hiasan
Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita berkongsi kisah seekor anak kucing jalanan yang kehilangan ibunya sejurus selepas dilahirkan.
Tambah wanita itu, anak kucing tersebut kerap datang kepadanya dan rakan-rakan lain di pejabat untuk meminta makanan dan tempat berteduh.
“Dekat tempat kerja saya ada seekor anak kucing sebatang kara, adik-beradik dia semua mati termasuklah maknya. Tinggal kucing itu seekor je cuba meneruskan hidup, dia tumpang kasih daripada saya dan rakan lain.
“Ia seekor anak kucing yang nakal, comel dan manja, sungguh mencuit hati kami. Kalau nampak saya atau sesiapa yang lain masuk ke pejabat, mesti ia akan berlari ke sana dan ke sini kerana gembira teramat.
“Timbul rasa kesian sebab nampak ia tanpa kawan, hanya bermain sendirian. Kami cuba jaga sebaik mungkin, saya turut pasang niat untuk bawa pulang dan pelihara sendiri di rumah.
“Tetapi ternyata saya terlambat, kucing itu kini di tempat yang lebih baik. Padahal sebelum tu saya dah terfikir nak belikan susu untuknya,” imbas wanita itu kesal dengan apa yang berlaku seterusnya.
Menurut wanita terbabit, anak kucing berkenaan ditakdirkan untuk menerima satu pengakhiran yang cukup tragis.
Sebab tu kalau nak buat baik dengan haiwan jangan bertangguh, nanti terlambat memang lebur hati ni.
WARGA MAYA
“Kejadian berlaku waktu petang. Ketika tu saya baru keluar dari pejabat nak pulang ke rumah, tiba-tiba saya nampak anak kucing tu dah terbaring lemah atas jalan dengan kepala berdarah.
“Orang dekat kawasan sekitar beritahu yang anak kucing tu dilanggar secara tak sengaja, insiden baru berlaku 15 minit sebelum saya keluar pejabat. Apalah nasibnya, anak kucing tu memang kami nampak suka duduk bawah tayar kereta.
“Saya rasa terkilan sebab pagi kejadian tu saya lihat ia masih riang menyambut ketibaan kami di pejabat, siap berlari dan menyendeng pada kaki kami.
“Malah sepanjang hari saya bekerja tu, saya duduk fikir nak bawa dia balik dan bela dekat rumah. Sekali hasrat saya tak kesampaian selepas terjadinya begini. Saya anggap ini aturan Tuhan, saya cuba reda,” kata wanita itu.
Warga maya berkongsikan rasa risau dengan keselamatan kucing liar.
Dalam cubaan mengikhlaskan hati, wanita itu berkata dia menanti hari untuk disatukan dengan anak kucing tersebut di negeri abadi.
“Maafkan kami makhluk kecil, semoga kita bertemu kembali sayang. Tapi Alhamdulillah sepanjang anak kucing tu masih bernyawa, dia dikelilingi orang baik di tempat kerja saya,” ujar wanita itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa hiba mengenangkan anak kucing yang gagal untuk diselamatkan itu.
“Sedihnya, aku kalau bab kucing ni memang terus hati jadi tisu. Sebab tu kalau nak buat baik dengan haiwan jangan bertangguh, nanti terlambat memang lebur hati ni,” kata sebahagian pelayar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mdtar
Leave a Reply