Kontroversi yang didedahkan oleh ‘kekasih gelap’ kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine telah menggegarkan seluruh industri hiburan di negara ini.
Amaran Janna
Menerusi siaran langsung program Melodi, pelakon dan penyanyi Janna Nick mengakui dia turut risau melihat kemelut rumah tangga yang melanda beberapa orang selebriti ketika ini.
Terutamanya kita yang sudah berumah tangga, kita takut terpalit juga..nak mengata orang pun takut. Kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.
Macam saya dengan Dini, hari-hari buat TikTok..seronok-seronok, mesra. Orang puji sangat pun saya takut. Tiba-tiba Allah uji kita.
Dalam nada tegas, pelantun lagu Gatal tersebut juga memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak mengganggu suaminya Dini Schatzmann.
Dalam fasa yang saya tengah happy dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh saya tak kisah masuk penjara.
Jangan main gila dengan Janna Nick.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Janna demi menyelamatkan perkahwinannya agar tidak wujud orang ketiga.
Betul tu, kita pun ada rumah tangga kita. Siapa tak sayang rumah tangga, dia nikah bukan untuk sehari dua. Kalau boleh nak kekal.
Straight to the point.
Mantap Janna, saya sokong!
Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
VIDEO:
@melodiberapi♬ original sound – Melodi tv3
Sumber: TikTok Melodi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply