Nama pasangan pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan kemelut rumah tangga yang dilalui mereka.
‘Jangan risau kalau suami hilang?’
Terbaharu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella, 30, sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas dia bergurau mengeluarkan satu kenyataan seakan menggambarkan situasi yang dilaluinya kini.
Bella yang hadir ke Borneo Mega Raya Fest 2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) dilihat sempat beramah mesra dengan para pengunjung.
Membalas pesanan seorang pengunjung mengenai kerisauan hilang suami, Bella spontan mengeluarkan tips memberitahu perkara pertama yang boleh dilakukan oleh isteri adalah mencari suami masing-masing di rumah kawan.
Apa abang cakap, jangan risau kalau suami hilang?
Mestilah saya risau kalau suami hilang, tapi saya ada tips kalau suami hilang kita cari di rumah kawan.
Memahami maksud tersirat di sebalik gurauan itu, para pengunjung menjerit dan memberi sorakan kepada Bella.
VIDEO;
@astillahbella 🥺😭 #bellaastillah #fypage #fyp #foryou #fypp #foryoupage ♬ original sound – astillahbella
@noorazianie.amidar Sempat lagi dia bagi tips. 🤣 #xyzbca #fyp #bellaastillah #foryou #fypシ ♬ original sound – DJ Remix Music
Menjengah ke ruangan komen, merasa terhibur dengan punchline gurauan aktres tersebut. Tidak kurang juga, ada yang merasakan Bella kini sudah semakin mampu move-on.
Dah boleh buat lawak sekarang, maknanya dia dah melepaskan & move-on
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply