Bagi siapa yang follow perkembangan pelakon jelita Rita Rudaini dari awal penglibatannya dalam industri seni, pasti akan tahu kisahnya sebelum ini yang pernah lalui kegagalan dalam perkahwinan.
Rentetan isu yang panas mengenai Bella Astillah dan Aliff Aziz ini, Rita Rudaini rasa terpanggil untuk tampil beri respon.
Menerusi IG Story miliknya, Rita Rudaini dilihat seperti lebih berpihak kepada Bella Astillah dan menemplak Aliff Aziz serta ibunya. Dalam hantaran yang dibuatnya semalam, Rita ada muat naik semula status ibunya berkenaan dengan ‘air mata dan lakonan’.
Hantaran itu dilampirkan dengan caption pedas Rita yang menyatakan sandiwara seseorang yang menampakkan dirinya islamik di mata umum bahkan ‘status’ sebagai seorang ibu dianggap sebagai satu bonus untuk meraih kepercayaan orang.
Dalam pada itu, Rita juga dengan beraninya menemplak Aliff Aziz dengan cara mencari salah orang lain. Tambahnya lagi, Rita juga meminta Bella Astillah untuk berdoa agar diri dilindingi dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Bukan itu sahaja, Rita juga menhentam ahli keluarga Bella yang terpalit dengan isu rumah tangganya. Seperti yang kita sedia maklum, Bella sebelum ini ada mendedahkan yang Aliff pernah curang dengan adiknya sendiri.
Oleh itu, Rita menjelaskan bahawa keluarga toksik memang wujud dan berpesan kepada Bella Astillah bahawa dia memang tak layak duduk dengan keluarga toksik dan memberi sokongan moral bahawa ini adalah petunjuk daripada Allah kepada Bella.
Kita juga ketahui bahawa Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah. Jadi sebagai seorang yang dah ada pengalaman sebegini, Rita Rudaini anggap tindakan sebegitu seolah-olah ada agenda tersendiri, bahkan Rita juga turut menyindir ibu mentua pelakon itu agar nasihat anaknya untuk melepaskan menantunya itu.
Bahkan, dia juga menasihati Bella Astillah untuk ‘berganjak’ demi menjaga kesihatan mental pelakon itu.
Seriously min speechless bila baca ayat-ayat pedih daripada Rita Rudaini ini. Apapun kita tunggu perkara selanjutnya berkenaan dengan kes mereka ini, semoga dapat diselesaikan dengan baik terutamanya di bulan Ramadan dan Syawal yang makin mendekat ini.
Sumber : Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://lobakmerah.com/
Leave a Reply