“Bank semua dah penuh” – Kak KM Perjelaskan Ken4pa Simpan Emas Dalam Rumah

Kira-kira dalam beberapa minggu lepas, tular satu kes apabila rumah seorang usahawan wanita terkenal dirompak dan dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM3.5 juta.

Rumah usahawan itu dipecah masuk dan jongkong emas serta beg tangan telah dicuri. Selepas kejadian itu, usahawan tersebut Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM menyatakan dirinya kini beransur baik biarpun masih terasa trauma dan fobia susulan kejadian itu.

Dalam pada itu, Kak KM menjelaskan kepada mStar Online bahawa ada sebahagian barang yang dicuri dapat dipulangkan semula. Malah dia juga menepis dakwaan bahawa pihak media tersebut yang melawat ke rumahnya sebelum ini menjadi punca rompakan itu berlaku.

Kak KM juga turut berterima kasih dengan pihak PDRM yang cekap dan amanah dalam menjalankan tugas mereka serta berjaya menangkap suspek dan memulangkan semula barang berharga miliknya itu.

“Semua barang dah dapat balik kecuali adalah duit dan beberapa beg berjenama. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih kerana DIA telah angkat doa Kak KM kerana ia merupakan rezeki yang betul-betul halal dan hasil titik peluh Kak KM.”

Screenshot 2024 04 01 155452

Menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya berani menyimpan barang bernilai di dalam rumah sendiri berbanding di bank, Kak KM menegaskan bahawa bank untuk menyimpan emas dah penuh dan tiada slot untuknya.

“Sebenarnya kita nak letak emas-emas kita dalam bank, semua penuh. Bukan untuk nak letak barang Kak KM tu penuh, orang kaya dalam Malaysia ni ramai, jadi slot untuk Kak KM tu tak ada, jadi semua bank penuh.”

Screenshot 2024 04 01 155342

Menjawab mengenai suspek rompakan ini, Kak KM menjelaskan bahawa hasil siasatan polis, dalang di sebalik kejadian tersebut mendakwa bahawa dia adalah pengikut tegar Kak KM sendiri.

“Kononnya dia peminat saya lah, rupanya dengan saya sendiri dia hentam, dia pernah datang rumah, beli barang, sebenarnya dia nak tengok selok-belok (rumah), dia tak pernah masuk rumah, tapi sampai dekat kawasan rumah untuk ambil barang berniaga.”

VIDEO:

Ujarnya lagi, disebabkan trauma yang dia hadapi, dia kini dalam proses menukar semua pintu-pintu rumah, pagar dan tingkap. Malah, dia juga merancang untuk berpindah rumah. Tambahnya, ini adalah kejadian kali pertama berlaku dalam hidupnya.

Sumber : mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://lobakmerah.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*