Selamba Ajak Kahwin Selepas 2 Minggu Berkawan, Datuk Red Ded4h Alasan Adira Terima Lamarannya

SEMBILAN tahun membina rumah tangga, usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengimbau detik awal perkenalannya bersama isteri keduanya penyanyi Adira Suhaimi.

Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red, 46, mendedahkan mereka bertemu selepas dia berkenalan dengan kakak Adira iaitu Emma Suhaimi.

Adnan imbau kembali kenangan perkenalan bersama Adira.

Katanya pertemuan pertama mereka juga di sebuah pusat karaoke turut ditemani beberapa orang pekerjanya.

Adnan dan Adira kenal tidak sampai sebulan sebelum berkahwin.

“Saya dulu ada buat macam syarikat filem dan hiburan dan kebetulan masa itu dapat kerja di Sarawak.

“Dengan bajet RM20,000 pekerja saya suruh ambil Adira tapi macam tak cukup tapi kami ambil kakaknya iaitu Emma Suhaimi.

“Bila balik sini (Kuala Lumpur) kami lepak di sebuah restoran namun Adira tiada tapi saya minta pekerja saya panggil dia minum sama.

“Tapi mereka pula ajak saya karaoke beramai-ramai walaupun saya tak pandai menyanyi… Tapi nak masuk jarum, nak jumpa artis saya okay saja.

“Selepas itu kami bertukar-tukar nombor telefon,” katanya.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Khamis.

Berkongsi lebih lanjut, Adnan memberitahu dia dan Adira tidak pernah keluar berdua sepanjang perkenalan sebaliknya hanya saling berbalas mesej.

Selepas dua minggu berkenalan, Adnan memberanikan diri melamar Adira dan penyanyi itu bersetuju.

“Kami ada saling mesej tapi tiada dating atau tengok wayang bersama. Dalam masa dua minggu juga kami berbalas mesej.

2FB57F9F-5B71-4103-A286-0D18FDC74AF9

Kejujuran Datuk Red buka pintu hati Adira untuk terima lamaran.

“Ketika itu otak gila-gila, selamba saya ajak dia kahwin dan dalam sehari dua selepas itu dia setuju dengan lamaran saya,” kongsinya.

Menurut Adnan, penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerima lamarannya kerana dia jujur mengenai perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Kata Adnan, sebelum itu Adira ada menerima lamaran daripada lelaki berstatus suami orang namun alasan diberikan tidak sama sepertinya.

“Dah nak kahwin saya ada tanya Adira kenapa dia terima saya. Dia sudah jumpa pelbagai orang dalam dunia hiburan.

“Selalunya ayat orang dah kahwin mereka akan burukkan isteri pertama tapi saya jujur. Ikatan cinta itu hadir selepas kahwin,” jelasnya.

VIDEO;

@ohbulanofficial Replying to @Rinakhori Therapist and Spa Datuk Red kongsi perkenalan dengan Adira dan macam mana boleh nak kahwin 🤭 #ohbulan #sembangentertainment #datukred #mengorat #adirasuhaimi ♬ original sound – OHBULAN!

red 1

Kemelut rumah tangga Adnan juga menjadi perhatian ramai.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Ini bukan kali pertama Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan dan pernah melakukan perkara sama pada 2019 namun memutuskan memberi peluang kepadanya.

Manakala isteri pertamanya, Sharifah Norshafil Hassim atau Datin Red memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama, Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*