Salah Seorang Dah Bertemu Jodoh, Pasangan Kembar S!am Wanita Gembira Kongsi Gaun Pengantin

SALAH seorang daripada pasangan kembar siam popular, Abigail Loraine Hensel dan Brittany Lee Hensel diberitakan sudah berkahwin pada 2021.

Abigail atau lebih dikenali sebagai Abby Hensel, 34, dilaporkan berkahwin dengan seorang veteran tentera Amerika Syarikat, Josh Bowling, dalam satu majlis tertutup pada 2021.

Gambar perkahwinan Abby turut dikongsi oleh pasangan kembar itu di media sosial mereka.

Abby dan kembarnya Brittany Hensel mula meraih populariti selepas muncul dalam rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show pada tahun 1996.

Dilahirkan sebagai kembar ‘dicephalic parapagus’ pada 7 Mac 1990 di Minnesota, masing-masing mengawal separuh badan bagi memudahkan mereka mengendalikan pergerakan tangan dan kaki.

Mereka memiliki ketinggian berbeza dengan Abby setinggi 1.57 meter berbanding Brittany yang hanya 1.47 meter.

VIDEO;

@abbyandbrittanyhensel #marriage #love ♬ The Good Ones – Gabby Barrett

@abbyandbrittanyhensel #HolidayOREOke ♬ Tetap Disini – Tri Suaka

Pasangan yang merupakan guru ini berkongsi semua organ termasuk usus, pundi kencing dan organ pembiakan. -Dailystar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*