Tular di media sosial kisah seorang wanita kahwin dengan bekas kekasih walaupun mereka sudah putus cinta dua tahun yang lalu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @meyrazuhairi telah memuat naik video perkahwinan bersama bekas kekasihnya itu.
Wanita kahwin dengan bekas kekasih
@meyraazuhairi Never give up. As long as, dua dua willing to cange and be the best for each other, In Shaa Allah semunya baik baik saja🫶🏻 Lesson learnt, Alhamdulillah🤍 My night dress custom by AMEHU @Ammier ♬ suara asli – kosong
Sebelum ini, wanita bernama Meyra ini pernah memuat naik video bagaimana bekas kekasihnya itu yang bernama Eddy masih memberikan layanan yang sama walaupun mereka sudah putus hubungan.
“Walaupun dah jadi ex, hampir setiap hari dia tunggu saya naik biar sampai bilik baru dia pergi.
“Layanan masih sama walaupun dah tak bersama,” kata pada video lama itu.
@meyraazuhairiPatutlah umi sayang sangat menantu tak jadi dia ni🫶🏻♬ Rumah Singgah – Fabio Asher
Pada perkongsian terbaru, Meyra berkongsi dia akhirnya berkahwin dengan bekas kekasih yang sama selepas dua tahun bersahabat baik dengannya.
“Hi semua, masih ingat tak ex yang selalu tunggu untuk saya sampai ke bilik? Ingat tak ‘menantu tak jadi umi’?
Putus dua tahun lalu, akhirnya wanita kahwin dengan bekas kekasih
“Alhamdulilah, selepas dua tahun dia berjaya jadi menantu umi,” kongsinya.
Dalam pada itu, pada ruangan kapsyen Meyra berkata selagi kedua-dua pihak sanggup berubah maka semuanya akan baik-baik sahaja.
“Jangan pernah berputus asa. Selagi dua-dua pihak sanggup untuk berubah dan jadi yang terbaik untuk satu sama lain, InsyaAllah, semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menyuarakan rasa gembira mereka terhadap perkahwinan Meyra bersama suaminya.
Selamat pengantin baru
Comelnya, wanita kahwin dengan bekas kekasih
Tahniah…
Tahniah akak dan suami
Ni baru betul lelaki perjuang dan pertahan
Tak sangka dah kawin, tahniah!
Dalam pada itu, ada juga warganet yang menyokong pernyataan jika kedua-dua pihak sanggup berusaha, tiada sebarang masalah untuk mereka kembali bersama.
Dah tunjuk effort, tapi dia pilih orang lain
Semua benda boleh betulkan…
Kalau dah memang jodoh, memang akan bersama
Disamping itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen berharap mereka juga melalui perkara yang sama seperi Meyra dan suaminya bersama bekas kekasih masing-masing.
Saya harap dapat plot twist macam ni
Saya dah mula berharap
Saya harap saya boleh rasa benda ni
Menerusi tinjauan di TikTok Meyra, pasangan itu telah berkahwin beberapa hari sebelum menjalankan ibadah puasa tahun ini.
@meyraazuhairi3.3.24 Bismillahirrahmanirrahim. Forever begins today. May Allah ease everything 🤍
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka bersama keluarga terdekat dan sahabat baik sahaja, menjadikan ia majlis yang lebih bermakna buat Meyra dan Eddy.
Betullah, kalau dua-dua berusaha jodoh memang tak ke mana…
Sumber: TikTok @meyrazuhairi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://ohmymedia.cc/
Leave a Reply