
Wanita yang dipercayai teman istimewa kepada Sufian Suhaimi iaitu Rania Al-Sadat seakan memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi itu sudah berakhir.
Kongsi petikan ciri-ciri lelaki
Menerusi hantaran di Instagram Stories, dia memuat naik petikan ciri-ciri lelaki yang mempunyai sifat malu dalam diri.
Petikan tersebut menyatakan golongan lelaki yang sentiasa ‘follow’ wanita di media sosial pasti sukar untuk menundukkan pandangan meskipun setelah berkahwin.
Malah, sikap itu perlu dipertimbangkan dalam mencari pasangan sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.
Dalam hantaran itu, Rania seperti sedang mencari ciri-ciri lelaki yang dinyatakan sekaligus ia menimbulkan spekulasi hubungannya dengan Sufian.
Kalau awak ada ciri-ciri macam ini, boleh slide in my dms.
Berdasarkan pemerhatian, Rania dan Sufian tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di Instagram.
Sekitar Oktober tahun lalu, pelantun lagu Menggenggam Bahagia menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania. Sufian juga tidak menolak kemungkinan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun ini namun masih belum menetapkan tarikh.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply