Caprice Kongsi Berita Gembira, Dah Jadi Bapa… “Alhamdulillah Lil Cappy Selamat Dilahirkan”

PENYANYI rap Caprice kini bergelar bapa selepas isterinya Farra Inalis selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Ahad.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.

Isteri Caprice selamat melahirkan bayi sulung mereka.

“17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” katanya.

Caprice teruja menyambut kelahiran anak pertama.

Caprice teruja menyambut kelahiran anak pertama.

Caprice bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai anak pertamanya itu dan hanya memuat naik video dia mendukung bayi tersebut.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian berita itu dan mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, semoga membesar dengan baik.

“Tahniah Caprice dan isteri. Semoga kehidupan anak pertama anda dipenuhi dengan cinta, gelak tawa dan peluang yang tidak terbatas,” tulis netizen.

Pada September tahun lalu, Caprice memaklumkan isterinya sedang hamil lima bulan.

Perkongsian berita gembira itu dibuat selepas mendapat keizinan Farra untuk dikongsi secara umum.

Caprice berkata sebelum ini ramai pihak bertanyakan mengenai zuriat dan dia mengakui di awal perkahwinan mereka masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata disebabkan oleh beberapa faktor.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*