“Kalau Rasa Ada Masalah Ment4l, Seniman Sedia Menyediakan Pakar Psikologi” – Ini Kata Zed Zaidi Untuk Aliff Aziz

Disebabkan kes tangkap khalwat yang berlaku terhadap pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies, baru-baru ini, ramai pihak yang memberi pandangan mereka mengenai sikap Aliff yang didakwa tidak berubah sejak dahulu lagi.

Zed Zaidi bersuara

Tidak terkecuali, sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menyifatkan aktor tersebut mengalami masalah psikologi dan sedia membantu seandainya diperlukan.

Zed Zaidi berkata sedemikian kerana melihat ‘sejarah hitam’ Aliff sebelum ini, dia tidak pernah dapat ‘melarikan diri’ dari terpalit dalam kes curang.

Daripada sudut kronologi tentang sikap dia, dah banyak kali perkara sama berulang. Abang lihat dia lebih kepada masalah diri sendiri, bukannya masalah industri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Persatuan Seniman Malaysia belum ambil tindakan

Namun begitu, Presiden Seniman itu memberitahu Persatuan Seniman Malaysia belum boleh mengambil sebarang tindakan terhadap Aliff kerana perlu tunggu keputusan daripada pihak Jabatan Agama Islam terlebih dahulu untuk memastikan dirinya salah ataupun tidak.

Persatuan Seniman hanya akan mengambil langkah seterusnya apabila aktor tersebut didapati benar-benar bersalah dan tindakan yang bakal diambil adalah selari dengan tindakan mahkamah.

Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz telah pun membuat kenyataan rasmi di Instagram masing-masing mengenai ‘kisah sebenar’ yang berlaku pada malam ditangkap khalwat, Sabtu lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*