“Kau Ni Mab*k Eh?” – Shahrol Shiro Kongsi Pengalaman Lucu Silap Hantar Anak Pergi Sekolah

 

Pelawak, Shahrol Shiro tampil berkongsi momen melucukan ketika menghantar anaknya ke sekolah menerusi hantaran di TikTok.

Hantar anak salah sekolah

Menerusi hantaran tersebut, Shahrol memaklumkan dirinya dihubungi pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu memintanya untuk mengambil anak di pejabat sekolah.

Kenapa itu cikgu? Apa salah anak saya?

Menurut pihak sekolah, anaknya yang bernama Iskandar Rizqi tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya Shahrol yang tersilap menghantar anaknya yang tidak bersekolah di sekolah berkenaan.

Anak awak tak salah apa-apa, yang salah adalah awak.

Awak salah hantar anak awak ke sekolah sebenarnya. Ini bukan sekolah nak awak.

Setibanya di pejabat sekolah tersebut, Shahrol mendapati Rizqi sedang duduk di atas kerusi sambil menunggu kedatangannya.

Apa yang melucukan ialah, salah seorang guru yang berada di pejabat tersebut sempat berseloroh dengan Shahrol atas kesilapannya itu.

Tak tahu sekolah anak eh? Awak mabuk eh?

Di akhir hantaran video tersebut, Shahrol tampil menjelaskan kejadian sebenar kepada pihak sekolah sebelum meminta maaf kepada anaknya kerana tersilap menghantarnya ke sekolah lain.

Hari ini hari kedua sekolah, jadi saya nak hantar dia. Isteri saya cakap dia sekolah kampung Melayu jadi saya pun hantarlah ke sini.

Rupanya isteri saya kata dia sekolah SK Tunku Mahmood.

Video

Sumber: TikTok Shahrol Shiro 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*