“Sampai Sekarang Dia Tak Boleh Terima..” – Puteri Sarah Minta Orang Ramai Mendoakan Bella, K0ngsi Keadaan Terkini

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana telah meminta orang ramai untuk bersama-sama mendoakan rakannya, Bella Astillah yang sedang ditimpa ujian rumah tangga. Katanya, kesihatan Bella juga semakin terjejas sejak kontroversi suaminya ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies pada Sabtu lalu.

Doa semoga Bella kekal kuat

Berdasarkan siaran langsung di TikTok, ketika sedang berjualan, Puteri Sarah sempat meminta agar peminatnya dan orang ramai untuk mengirimkan doa bagi rakan artisnya itu. Katanya, dia berharap agar Bella dikurniakan kekuatan dan juga ketabahan untuk mengharungi ujian tersebut.

Pada hari pertama Ramadan bulan puasa ini, jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga dia kuat dan tabah.

@ikalumier #aapslfans #andiarsyil #puterisarahliyana #ikalumier #lumiermalaysia #rawatsunburn ♬ original sound – lumier.malaysia

Kesihatan terjejas

Bukan itu sahaja, menurut Sarah dalam live yang sama, kesihatan Bella kini turut merisaukan. Katanya, rakannya itu amat terkesan dengan isu tangkap khalwat suaminya itu hingga menjejaskan kesihatan dirinya.

Sampai sekarang dia masih tak boleh terima apa yang terjadi, dia tak boleh makan, tak boleh tidur, dia kurus sangat.

Terdahulu, suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Setelah penangkapan tersebut, kedua-dua selebriti itu enggan mengeluarkan sebarang penjelasan berkaitan hal berkenaan dan berkata ingin menunggu masa yang tepat.

Dalam pada itu, belum juga ada kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Bella Astillah membahas tentang isu tangkap khalwat itu mahupun perkahwinannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*