Bella Astillah Tarik Diri, Enggan Berlakon Sekali Dr4ma ‘Terjerat’ Dengan Aliff Aziz & Ruhainies?

Di Instagram, pelakon Bella Astillah dilihat berjumpa dengan penerbit drama ‘Terjerat’ iaitu Dato’ Sri Jaspal selepas kontroversi suaminya, Aliff Aziz ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies, baru-baru ini.

Tak boleh berlakon bersama?

Menerusi posting yang dikongsikan, Bella seolah memberi bayangan bahawa dia tidak dapat meneruskan kerjasama dengan pihak produksi drama ‘Terjerat’ yang dibintangi Ruhainies dan suaminya.

Bella tarik diri?

Asalamualaikum. Cerita semalam. Terima kasih Dato’ Sri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan.

Bella juga berharap dapat bekerjasama dengan penerbit tersebut suatu hari nanti.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Apa maksud Tererat cast remove Bella (dari Whatsapp group) ya?

Bagaimanapun, sesetengah peminat seperti dapat faham apa yang Bella cuba sampaikan dan menurut mereka mungkin aktres tersebut yang memohon agar dia mengundurkan diri bukanlah namanya digugurkan.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*