Nama Tengah ‘Panas’ Menjadi Bualan, Ruhainies Sempat Pula P0st V!de0 Aliff Aziz Tengah Menyanyi

MASIH berdiam diri berhubung dakwaan ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz, pelakon Ruhainies mengejutkan peminat apabila tiba-tiba mengemas kini Instagram Story miliknya pada petang Sabtu.

Apa menimbulkan pertanyaan, Ruhainies berkongsi video memperlihatkan Aliff bersama beberapa krew produksi dipercayai drama Terjerat sedang berehat di set penggambaran.

Dalam video sama, Aliff yang mengenakan baju kemeja berwarna mereka dilihat sedang asyik menyanyikan lagu berjudul Hakikat Sebuah Cinta yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Iklim.

size NP 1 (54)

Isu kontroversi Aliff dan Ruhainies hangat diperkatakan ketika ini.

Tidak hanya itu, krew produksi juga sama-sama menyanyi memeriahkan suasana sambil terdengar gelak ketawa Ruhainies yang terhibur dengan gelagat mereka.

Reaksi Aliff yang kelihatan gembira dan senang hati membuatkan netizen berasa bengang apatah lagi mengetahui kejadian kedua-dua pelakon itu ditangkap khalwat.

Sementara itu, ramai turut mempersoalkan tindakan bersahaja Ruhainies memuat naik video tersebut seolah-olah tiada apa sedang berlaku walaupun namanya sedang hangat diperkatakan.

VIDEO:

Ruhainies tenang muat naik IG Story walaupun sedang terpalit isu kontroversi.

Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada awal pagi Sabtu adalah abang iparnya.

Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada Bella sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

size NP 1 (53)

Rakaman CCTV individu mirip Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*