CCTV ‘Tangk4p’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

 

Satu demi satu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara mendedahkan kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Video 25 Februari

Menerusi laporan Harian Metro, video yang bertarikh 25 Februari itu memaparkan Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Ruhainies memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa tas tangan dan Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Video CCTV 25 Februari ‘Tangkap’ Kelibat Aliff, Ruhainies

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, sumber Harian Metro berkata, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

Berdasarkan gambar sumber itu, mereka yang dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Terdahulu, media melaporkan Aliff dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*