
Seorang wanita dakwa tak dapat iPhone daripada Aisar Khaled seperti yang dijanjikan oleh usahawan dan pempengaruh berkenaan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @anakbugissssssss telah memuat naik video memaparkan dia sedang melakukan unboxing bungkusan daripada Aisar.
Pada video itu juga, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewanya kerana tidak menerima iPhone 15 seperti yang dijanjikan oleh Aisar.
Menurut wanita berkenaan, dia telah membeli dua set minyak wangi daripada Aisar ketika menyertai siaran langsungnya
Pada awalnya, wanita itu kelihatan sangat teruja selepas menerima bungkusan tersebut kerana ia sepatutnya mengandungi sebuah iPhone 15.
Wanita dakwa tak dapat iPhone daripada Aisar Khaled
“Barang yang saya tunggu daripada Aisar Khaled dah sampai. Siapa yang kata Aisar Khaled penipu, dia tak menipu. Ini betul iPhone 15.
“Macam tak percaya saya dapat iPhone. Aisar, kamu untung ke menjual seperti ini?” dakwanya.
Namun begitu, emosi wanita berkenaan bertukar selepas membuka bungkusan berkenaan kerana ternyata tiada iPhone di dalamnya.
Wanita tersebut cuma menerima dua set minyak wangi yang dibelinya dan sekeping kad ucapan daripada Aisar memohon maaf.
“Assalamualaikum, maaf mungkin rezeki anda bukan di live. Jangan risau, anda masih berpeluang untuk memenangi motor dan wang tunai RM50 daripada Aisar Khaled.
“Dengan cara Aisar akan pilih 500 orang dengan feedback yang menarik untuk Aisar. Kongsikan rezeki. Jangan lupa bagi feedback lima bintang. Terima kasih,” tulis di kad berkenaan.
Wanita berkenaan jelas kelihatan kecewa dan merasakan dirinya sudah tertipu dengan muslihat dan janji manis Aisar itu.
“Saya beli perfume ni ketika dia sedang live. Pada masa itu, dia masih belum membuka beg kuning. Aisar kata dia akan buka beg kuning untuk 30 orang yang terawal yang beli perfume akan dapat iPhone dengan percuma.
“Saya pun cubalah. Bukan sebab saya tak mampu beli iPhone, saya pun pakai iPhone sekarang. Tapi saya nak buktikan adakah Aisar ni betul ataupun tidak,” ujarnya.
Dalam pada itu, wanita itu turut menjelaskan bahawa ketika dia menyertai siaran langsung Aisar, usahawan berusia 24 tahun itu berkata dia akan memberikan 30 orang yang terawal.
Luah rasa kecewa, wanita dakwa tak dapat iPhone daripada Aisar
“Sekarang, saya unboxing, mana iPhone? Kau tak ada cakap 30 orang yang terawal, saya akan pilih yang bertuah, tak ada!
“Kau buka beg kuning untuk 30 orang yang terawal. Sebenarnya saya pun founder perfume juga. Kenapa saya nak beli perfume orang lain? Mungkin saya beli untuk menyokong saja” luahnya.
Sementara itu, wanita itu turut menyatakan dia hanya mahu mengetahui sama ada Aisar akan menunaikan apa yang dia janjikan.
“Saya tak mengharapkan iPhone itu, tapi bagi saya kamu telah menipu pelanggan-pelanggan kamu,” katanya.
VIDEO:
@anakbugissssssss PARCEL YANG DITUNGGU2 DARIPADA AISAR KHALEDD SUDAH SAMPAII! ALHAMDULILAH, TERIMA KASIH @AisarKhaledd ☺️ #fyp #fypシ #fypシ゚viral #anakbugisssssss #dapatiphone ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design
Wanita itu turut menasihatkan Aisar untuk berniaga dengan cara yang jujur dan bersabar dengan rezeki masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan wanita berkenaan kerana sudah ramai yang tertipu dengan usahawan berkenaan.
Aisar tu penipu
Marketing je
Sama la kita…
Saya pun kecewa tak dapat iPhone Aisar
Terjebak juga beli
Menerusi laporan terdahulu, ini bukan kali pertama Aisar melakukan peraturan yang mengelirukan dalam sesi siaran langsungnya.
Ramai warga maya yang mendakwa Aisar adalah scammer, namun usahawan itu menafikan tuduhan berkenaan disamping menjelaskan hanya peminat setia yang faham cara dia memberikan hadiah.
Sumber: TikTok @anakbugissssssss
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Sumber: https://ohmymedia.cc/
Leave a Reply