
PELAWAK Ali Puteh akhirnya selesai membayar hutang kepada balu Allahyarham Abam iaitu Hidayah Hamzah berjumlah RM72,490 selepas timbul beberapa pertikaian sebelum ini.
Wang tersebut didepositkan ke dalam akaun milik Hidayah selepas pihak Ali mendapat maklumat perbankan kakak iparnya itu bagi tujuan pembayaran.
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, memberitahu dia memasukkan wang tersebut menerusi mesin deposit tunai.
Ali tunjuk bukti pembayaran.
“Hari ini (Sabtu) saya sudah selesaikan apa yang tertunggak. Saya baru balik dari bank. Hari ini baru ada kelapangan.
“Bank tutup pula jadi terpaksa guna CDM (cash deposit machine),” katanya.
Ali memuat naik video menerangkan perkara tersebut di laman TikTok miliknya pada Sabtu berserta 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.
Menurutnya lagi jumlah tersebut juga telah ditolak sebanyak RM3,000 daripada tuntutan asal kerana Hidayah juga ada berhutang dengannya.
Dalam masa sama, Ali berharap tiada lagi isu berbangkit berkaitan tuntutan hutang seperti yang sering diperkatakan sebelum ini.
“Balu (Hidayah) juga ada sangkut hutang dengan saya RM3,000. Peguam kata kontrakan sahaja dengan jumlah wang ini. Jadi saya bayar RM72,490.
Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua
ALI PUTEH
PELAWAK
“Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja,” ujarnya.
Pada 20 Februari lalu, Ali hadir ke rumah Hidayah bagi menyerahkan hutang sebanyak RM75,000 kepada Hidayah.
Bagaimanapun wanita berkenaan enggan menerima secara tunai dan meminta Ali membawa wang tersebut ke pejabat peguam atau dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Ali ketika hadir ke rumah Hidayah pada 20 Februari lalu.
Wang itu merupakan tuntutan selepas Ali kalah dalam saman fitnah terhadap Hidayah seperti mana ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2022.
Dalam masa sama Ali juga melihat kemelut yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran buat dirinya dan kini dia mahu lebih memberi tumpuan kepada urusan perniagaan.
“Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua.
“Selepas ini fokus kacau sambal,” jelasnya.
VIDEO:
@aliputeh89 Alhamdulillah…selesai sudah hari ni…melangsaikan hutang balu arwah abg saya…Siti Nurhidayah Binti Mohd Ali… sy harap tiada lagi isu berbangkit berkenaan hutang ini lagi…sy mengambil ini sebagai pengajaran buat sy dan kita semua…sy mewakili seluruh ahli keluarga allahyarham Abam Bocey memohon ampun dan maaf buat semua … yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan…Akhir kata, sy memohon maaf dan memaafkan semua yg pernah berkata-kata pd sy dan keluarga … . . Datang rumah diwaktu petang, Datang untuk membayar hutang, Selesai sudah hutang piutang, InshaAllah,rezeki PASTI datang … . . Ikhlas, ALI PUTEH 02/03/24 #aliputeh #fyp #santaidiposisi ♬ original sound – aliputeh
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Sumber: Mstar
Leave a Reply