“Bukti Adibah Bukan Isteri Derh4ka” – Mahkamah Tolak Tuntutan Plaintif, Bekas Madu Miera Liyana Menang Kes Nusyuz

Adibah Abd Mutalib, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana akhirnya boleh menarik nafas lega apabila nama dan maruahnya kini kembali bersih.

Harini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan menolak tuntutan nusyuz yang dibuat oleh bekas suami Adibah, Rosland Othman.

Bukti Adibah bukan isteri derhaka

Peguam yang mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli berkata Hakim Syarie Abdul Fattah Kamaruddin membuat keputusan itu selepas prosiding di mahkamah pada pagi ini.

Alhamdulillah memihak pada Adibah, maknanya sabitan nusyuz oleh pihak plaintif ditolak. Ini membuktikan Adibah bukan isteri derhaka seperti didakwa plaintif.

Hanya mahu tuntut hak

Sementara itu, Adibah memanjat rasa syukur selepas menerima keputusan tersebut kerana ia membuktikan dia tidak pernah derhaka kepada bekas suaminya.

Terbukti saya tidak nusyuz, hakim kata sebab tiada usaha daripada pihak plaintif untuk isu kembali taat, itu yang saya ingat.

Semoga Allah permudahkan semua tuntutan saya selepas ini sebab saya yakin berada di pihak yang benar. Saya cuma mahu tuntut hak saya, tiada niat nak malukan siapa.

Ada lagi dua kes

Dalam pada itu, Adibah memaklumkan dia kini mahu memberi fokus kepada dua lagi kes lain iaitu tuntutan nafkah dan kes hadanah.

Selepas ini saya boleh move on dan fokus pada tuntutan lain yang belum selesai iaitu hadanah dan tuntutan nafkah. Saya harap tanggapan masyarakat terhadap saya berbeza dan nama saya juga sudah bersih.

rosland

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/ / Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*