[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Akhirnya Bersuara Isu Saling ‘Unfollow’ Dengan Amelia Christie Di Media Sosi4l

Pelakon, Sharnaaz Ahmad didakwa saling ‘unfollow’ akaun media sosial dengan kekasihnya, Amelia Christie. Biar betul?

Menurut laporan, Sharnaaz dikatakan tidak mahu berkongsi berkaitan hal itu dan berkata hubungannya dengan Amelia dalam keadaan yang baik saja.

Kalau yang itu, saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.

Saya tak nak cerita apa-apa. Bila jadi apa-apa, macam ini lah, itulah. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.

Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah umur 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam merepek.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz juga tidak menolak sekiranya ada rezeki untuk berkahwin lagi buat kali kedua.

Bukan tu jer, pelakon itu juga berkata yang anak lelakinya, Jebat Jayden adalah keutamaannya sekarang ini yang tak lama lagi akan memasuki alam persekolahan.

Biarlah dulu pasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Ada ke jodoh selepas ini. Kalau ada rezeki, saya okey.

Kalau takde, pun okey sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya cari duit dan keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah.

Apapun, semoga yang baik-baik saja buat Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie. Kalau ada jodoh nanti kahwin lah mereka.

VIDEO

@ohbulanofficial

Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christine dah putus?! 😱 Betul ke? #ohbulan #sembangentertainment #sharnaazahmad #ameliachristie #dah #unfollow #putus

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Kredit:Oh bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*