Amar Izinkan Amyra Rosli Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki Tetapi Bersyarat

Pelakon yang jelita Amyra Rosli tampil dengan penampilan baharu dengan mengenakan tudung sejak Oktober 2019 lagi.

Beliau berkata dia ingin menjaga batas untuk tidak bersentuhan dengan mana mana pelakon lelaki di dalam babak lakonannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Suaminya yang juga seorang pelakon Amar Baharin mengizinkan Amyra untuk bersentuhan dengan pelakon lelaki tetapi perlulah berlapik terlebih dahulu.

“Saya tiada letak syarat apa-apa dalam lakonan. Cuma, saya ada bertanya pada suami bagaimana jika ada babak memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon gandingan , kata Amyra.

Amyra sekarang ini tengah berlakon untuk drama Sabarlah Duhai Hati yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan juga Izzue Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Melalui drama itu, Amyra meluahkan rasa syukur kerana dua hero yang membintangi drama tersebut banyak mengajarnya teknik untuk menghidupkan babak romantis tetapi tidak bersentuhan.

“Saya menjadi heroin untuk dua aktor ini. Kita semua tahu, Saharul dan Izzue langsung tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dan saya menghormati pendirian mereka.

“Sebagai pasangan suami isteri, ada babak romantis yang dilakonkan. Sebagai orang berpengalaman, Saharul ajar saya teknik bagaimana mahu menampakkan kemesraan tanpa sentuhan fizikal seperti ‘menipu’ dari segi posisi tubuh, bantuan sudut dan gerak kerja kamera,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

 

Be the first to comment on "Amar Izinkan Amyra Rosli Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki Tetapi Bersyarat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*