Gadis Yang Memiliki Rambut Terpanjang Di Dunia Memotong Rambutnya Selepas 12 Tahun Buat Kali Pertama.

Nilanshi patel merupakan gadis yang memegang rekod rambut terpanjang di dunia membuat keputusan untuk memotong rambut yang juga merupakan mahkotanya itu selepas 12 tahun tidak memotongnya.

Nilanshi memberitahu beliau pernah mengalami pengalaman buruk yang mana pengalaman buruk tersebut bersama pendandan rambutnya ketika beliau berusia 6 tahun, daripada hal tersebut, Nilanshi serik untuk memotong rambutnya.

Nilanshi berjaya memecahkan rekod Guiness dengan beliau menyimpan rambutnya atau mahkotanya tersebut sehingga 12 tahun.

September 2018 yang lalu, rambut Nilanshi berjaya direkodkan dengan panjangnya sebanyak 170.5 sentimeter (CM)

Pada Julai 2020 , Nilanshi sekali lagi berjaya merekodkan rambutnya yang sepanjang 200 cm dan pada tahun tersebut Nilanshi berumur 18 tahun .

Nilanshi yang juga berasal dari Gujarat India memutuskan untuk memotong pendek rambutnya.

Rambutnya yang dipotong tersebut tidak akan dibuang malah akan dipamerkan di Muzium Ripley’s Believe It or Not! di Hollywood, Amerika Syarikat.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

 

Be the first to comment on "Gadis Yang Memiliki Rambut Terpanjang Di Dunia Memotong Rambutnya Selepas 12 Tahun Buat Kali Pertama."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*