Ini Sebab Kenapa Kita Perlu Mengelakkan Daripada Minum Kopi Ketika Sahur

Ramai daripada kita merupakan penggemar kopi, ada juga yang mengambil kopi di waktu pagi dengan harapan dapat mengharungi harian ataupun hari yang panjang di pejabat tanpa mengantuk.

Walaupun di bulan Ramadhan ini, tabiat minum kopi di waktu pagi ataupun di waktu sahut tetap diteruskan walaupun tabiat tersebut dapat menerima akibat ataupun dengan bahasa mudah boleh menggangu proses berpuasa mereka.

Bagi orang yang berpuasa seeloknya mengelakkan dari mengambil minuman berkafein seprti kopi, teh cokelat dan air berkarbonat kerana ia bersifat diuretik.

Bagi sesiapa yang mengambil kafein semasa bersahur menyebabkan mereka akan kerap kencing malah mulut mereka berasa kering dan selalu dahaga.

 

Minuman berkafien akan menyebabkan seseorang mudah berasa dahaga.

Daripada mengambil kafein sebaiknya mengambil secukupnya air putih selain itu, mengambil makanan-makanan yang sesuai untuk bersahur seperti kurma, anggur, timun dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, bagi sesiapa yang makan pada waktu sahur mereka akan mendapat banyak kelebihan ataupun keberkatan selain itu mereka juga dapat memastikan tubuh mereka dapat bertahan dalam satu tempoh masa yang panjang.

Oleh sebab itu, makanan yang diambil ketika sahur amatlah penting kerana apa yang kita makan pada waktu sahur itu merupakan tenaga kita untuk menghabiskan puasa sehari demi sehari, jadi bersahurlah dengan makanan-makanan yang berkhasiat dan juga minuman yang bertenaga.

Seperti yang semua sedia maklum, mengubah waktu mengambil kopi bukannya sesuatu perkara yang mudah kerana diri kita sudah terbiasa dengan itu, dan oleh sebab itu boleh menyebabkan seseorang yang kekurangan kafein di dalam badan dapat mengalami penarikan kafein dengan gejala seperti sukar fokus, sakit kepala, mudah mengantuk, dan sering tertekan.

Elakkanlah diri kita daripada sentiasa menerima kafein dan bergantung kepada kafein.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ini Sebab Kenapa Kita Perlu Mengelakkan Daripada Minum Kopi Ketika Sahur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*