Azrinaz Mazharhakim Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Pada Jumaat Lepas

Personaliti televisyen, Azrinaz Mazharhakim selamat melahirkan melahirkan bayi perempuan semalam, pada Jumaat.

Azrinaz bersyukur kerana anak yang baru dilahirkan merupakan anak ke-4 dan selamat dilahirkan dalam keadaan normal tanpa sebarang komplikasi dan pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Azrinaz berkongsi berita gembira di akaun instagram miliknya dengan berkata :

“Satu pegembaraan sudah bermula! Malaykha, suami dan saya mahu mengumumkan kelahirkan edisi terbaharu dalam keluarga kecil kami, anak keempat yang telah membesar di dalam perut daya dan kini sudah pun lahir ke dunia.

“Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1.15 tengahari.

“Ia merupakan proses bersalin yang sangat lancar tanpa ada sebarang komplikasi dan pembedahan. Saya ingin mengucapkan terima kasi kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi sokongan kepada saya ketika sepanjang kehamilan ini,” katanya.

Beliau juga memuat naik gambar kaki bayinya itu di akaun instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Beliau dikurniakan dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertamanya dengan Sultan Brunei dengan menamakan anaknya itu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.

Dan beliau dikurniakan seorang lagi cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Areesya Malaykha, dua tahun.

Be the first to comment on "Azrinaz Mazharhakim Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Pada Jumaat Lepas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*