Walaupun Tangan Tak Boleh Diangkat Tapi Nia Ramadhani Deg1l Tetap Main Golf

Pelakon terkenal Nia Ramadhani dikhabarkan dengan kesihatannya yang kurang baik sejak akhir akhir ini.

Nia berdepan dengan masalah kekurangan zat besi sehingga menyebabkan tangannya sukar diangkat kata pembantu peribadinya Theresa Whienatan.

Tangan Nia yang mana sukar diangkat itu disebabkan di bahagian tendon.

“10 hari lalu doktor sudah menasihatinya untuk tidak bermain golf selama 10 hari tetapi dia tetap main golf. Kesannya, sakit lagi,” katanya kepda Nyonya Bos Trans TV

Kesan daripada kekurangan zat besi dan sukar untuk Nia mengangkat tangannya itu menyebabkan dia tidak dapat membaca prompoter ketika mengacarakan TikTok Awards 2020 baru-baru ini.

Nia juga dinasihatkan supaya mendapatkan sunt1kan bagi menambahkan zat besi di dalam badannya untuk merawat masalah tersebut.

Kesan daripada kekurangan zat besi tersebut menyebabkan Nia mudah rasa letih dan cepat penat.

Pembantunya turut berkata semoga penglihatan Nia lebih jelas selepas mendapatkan svntikan tambahan zat besi itu .

“Akhirnya dia bersetuju untuk membuat pemeriksaan MRI pada bahagian tangannya itu dan bersetuju untuk mendapatkan suntikan zat besi.

Sama sama kita doakan agar kesihatan Nia Ramadhani beransur pulih dan boleh melakukan kerja-kerjanya seperti biasa .

Be the first to comment on "Walaupun Tangan Tak Boleh Diangkat Tapi Nia Ramadhani Deg1l Tetap Main Golf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*