Mulai 8 Mac Ini, Permohonan Untuk i-Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan

Sehingga sekarang ini mesti ramai yang telah mendapat bayaran i-Sinar yang mana boleh dipohon sejak hujung tahun lalu, namun ada juga pemohon yang belum menerima atau belum diluluskan lagi di atas sebab-sebab yang tertentu.

Bagi yang belum menerima ataupun yang belum mendapat kelulusan i-Sinar, anda tidak perlu risau kerana permohonan tanpa kriteria akan diberikan kelulusan secepatnya bermula pada 8 Mac ini.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, kemudahan kelulusan itu juga memperlihatkan tiada lagi bayaran interim bermula dari tarikh tersebut.

 

Apa yang paling penting, jika anda merupakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai baki akaun (minimum RM150,00).

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848.

Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

 

Be the first to comment on "Mulai 8 Mac Ini, Permohonan Untuk i-Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*