Bermula Esok Sudah Boleh Dine In Lebih Dari 2 Orang Satu Meja Tetapi Bersyarat

DIKEMASKINI

Kerajaan sudah bersetuju untuk membenarkan orang ramai makan dalam restoran lebih dari 2 orang satu meja.

Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan lagi tentang SOP dine in dengan menyatakan orang ramai boleh makan lebih dari 2 orang satu meja tetapi perlu mematuhi jarak sosial 1 meter.

Menurutnya lagi, SOP baharu ini terpakai di semua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Datuk Ismail Sabri Yaakob turut berkata mulai esok semua kawasan dibenarkan untuk dine-in tetapi berdasarkan keluasan meja dan juga asalkan ada jarak sosial 1 meter. Tidak lagi dua orang satu meja.

Pada 9 Februari yang lepas, beliau telah memaklumkan bahawa pelanggan boleh makan di kedai ataupun di restoran tetapi terhad kepada 2 orang sahaja termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter.

Tambah beliau lagi, pemilik kepada mana mana restoran perlu memastikan ada petugas yang menjaga SOP dan juga menghadkan pelanggan dalam satu masa.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

 

Be the first to comment on "Bermula Esok Sudah Boleh Dine In Lebih Dari 2 Orang Satu Meja Tetapi Bersyarat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*